17 March 2021

ALYAH ANGGAP PIHAK BENARKAN BERTANDING TIDAK PEKA: "DIA (NABILA) KALAH BERMARUAH..."



"Terpanggil untuk bercakap tentang adik kita yang lawa dan peramah ni (banyak kali jumpa dia akan sapa kita dulu). Dia kalah bermaruah, dia jalankan tugas dia dengan sehabis baik. Seumpama dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul.

"Pandang positif, kamu lebih diingati dari yang lain. Bukti sampai ke hari ini semua masih bercakap mengenai kamu (tak kisahlah buruk atau baik).

"Cuma nak tanya je, siapa yang membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka... Saya bercakap berdasarkan pengalaman, situasi berbeza di pentas yang sama," kata penyanyi Datin Alyah menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Isu nyanyian 'terkucil' Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada Ahad lalu terus hangat diperkatakan apabila ia turut mendapat perhatian penyanyi senior itu.

Simpati dengan kejadian yang berlaku, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 40, memuji keberanian penyanyi lagu 'Peluang Kedua' itu untuk bertanding biarpun serba kekurangan. Penyanyi 'Kisah Hati' itu meminta Nabila tidak terlalu kecewa dan memandang perkara tersebut dari sudut positif.

Bagaimanapun, isteri kepada pengarah muzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS turut meluahkan rasa kesal dan berpendapat pihak yang membenarkan penyanyi itu bertanding sepatutnya lebih peka dengan keadaan dan situasi yang akan dilalui penyanyi itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Alyah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: