17 March 2021

DAYANG NURFAIZAH KENANG PERNAH DIEJEK SUARA MACAM ITIK



"Sebenarnya pendiam sangat-sangat memang tak nak bercakap, pemalu sebab dulu masa Dayang kecil-kecil suara Dayang macam serak-serak macam tu...

"Jadi orang tua-tua dulu suka cakap kat Dayang ni macam suara itik bercakap. Bila kenang balik Dayang rasa sedih sangat sampai rasa tak nak bercakap jadi kita punya keyakinan dalam diri tu tak ada.

"Masa kecil-kecil dulu memang suka menyanyi tapi tak tahu yang Dayang ni pandai menyanyi ke tak dulu. Tapi saya memang suka menyanyi," demikian cerita penyanyi Dayang Nurfaizah.

Dayang telah berkongsi cerita mengenangkan dia pernah diejek 'suara itik' ketika menyanyi pada zaman kanak-kanaknya, menerusi segmen Suria Petang di radio Suria FM baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Akui sedih atas apa yang berlaku, penyanyi kelahiran Kuching ini turut menyifatkan dirinya sebagai seorang pendiam sebelum bergelar penyanyi.

Dia yang sinonim menerusi lagu 'Di Pintu Syurga' ini juga sempat mengimbau saat kali pertama menyertai pertandingan nyanyian, waktu usianya mencecah 12 tahun.

Dalam perkembangan lain, Dayang juga bakal membuat persembahan di Konsert Digital Jelajah Suria yang dibawa khas oleh Suria FM 24 Mac hadapan. Turut sama bakal memeriahkan penonton secara maya itu termasuk Datuk Awie, Floor 88, Haqiem Rusly dan ramai lagi.



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Suria FM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: