17 March 2021

"SAYA TAKKAN JADI LAGI MACAM MAYAT HIDUP" - ISTERI AMAN RA SEDIA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN



"Saya dah bagitau pada orang tertentu yang tahun ini saya takkan jadi lagi macam mayat hidup. Saya dah bersedia dengan semua worst yang korang dah rancang. Saya di pihak benar. I said nothing but the truth. Nothing to hide. Sekarang orang yang dah berjanji dengan nama Allah untuk lindungi saya, orang yang sama nak against saya," itulah kata-kata isteri penyanyi rap Aman Ra iaitu Natiqah Rahmat.

Nampaknya kontroversi membabitkan rumah tangga antara Aman Ra dan isterinya yang belum menemui titik noktah itu semakin berlarutan apabila wanita itu ada memuat naik luahan panjang dipercayai status terkini mengenai kes yang melanda mereka berdua.

Menerusi beberapa buah hantaran di Instagram Story milik Natiqah, dia menyatakan bahawa sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk yang mungkin berlaku susulan daripada konflik yang berlaku antara dia dan suaminya itu.

Klik untuk gambar besar



Tambah Natiqah, dia sama sekali tidak berasa takut kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar dan akan sentiasa melindungi anak-anaknya. Ujarnya lagi, ramai yang sebenarnya telah bersubahat dan bersengkokol dalam diam untuk menjatuhkan dirinya.

Pada entri tersebut juga, Natiqah merasakan tindakan segelintir individu yang berniat jahat terhadapnya itu sebagai sesuatu yang kejam. Natiqah berharap bahawa perkara-perkara tersebut akan dapat dirasai kembali oleh mereka itu kelak.

Dalam pada itu, isteri penyanyi lagu 'Bangun' ini juga menganggap dugaan yang diterimanya ini sebagai peringatan daripada Allah S.W.T untuk dia kembali menjadi insan yang lebih baik.



"Saya kurang jaga hubungan dengan Allah. Tanpa saya sedar saya letak pasangan saya di tempat paling atas, paling tinggi. Alhamdullilah, masih lagi Allah beri peluang jentik sedikit hati saya yang dah bersimpang jauh," ujarnya.

Di hantaran berbeza, Natiqah ada juga bertanyakan kepada pengikut media sosialnya mengenai isu poligami dan rata-rata tidak bersetuju jika seorang suami itu tidak pandai membahagikan tanggungjawab dengan adil.

Terdahulu, Natiqah tampil membuat pendedahan di media sosial mengenai rumah tangganya bersama Aman Ra diuji lagi apabila suaminya itu didakwa bermain kayu tiga tanpa pengetahuannya. Malah, dia turut mendakwa Aman Ra telah melafazkan cerai sebanyak empat kali terhadapnya sebelum ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Natiqah Rahmat

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: