03 March 2021

BERI BANTUAN DIKATA 'ACAH' BAIK - SITI SARAH KESAL, TAK MAHU NIAT DISALAH ERTI



"Tak payah acah baik boleh tak? kalau nak bagi, bagi je lah. Ko dengan laki ko memang suka menunjuk ek?" tulis individu tersebut kepada penyanyi dan kini usahawan, Siti Sarah Raisuddin.

Siti Sarah telah memuat naik tangkap layar mesej yang dikirim seorang individu tidak dikenali yang mengatakan dia dan suami, pelawak Shuib Sepahtu suka menunjuk baik.

Penyanyi lagu 'Semakin' itu meluahkan perasaan kesal apabila niatnya memberi sumbangan dan berkongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan disalah erti oleh sesetengah netizen.

Tidak melatah dengan kritikan sedemikian, Sarah mengakui dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Sarah juga memberitahu bahawa keikhlasan dalam setiap perbuatan biar Allah S.W.T saja yang menilainya, bukan manusia.

Klik untuk gambar besar



"Dalam kehidupan kita ini, kita tidak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, apa lagi kalau kita terbuat salah, lagi teruk jadinya.

"Yang nak marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda haram ke sampai sakit sangat hati tu? Sarah ni bagi dadah ke? Bagi air todi yang mabuk-mabuk ke?" katanya.

Tambahnya lagi, dia hanya ingin berkongsi sedikit rezeki yang didapatinya menerusi perniagaan yang diusahakannya kini, sekadar untuk membuatkan para petugas barisan hadapan berasa gembira pada hari tersebut.



"Saya bagi hadiah dan barang-barang lain tu pun untuk buat kenangan, ikhlas ke tak, bukan kita tentukan, perkara itu rahsia Allah, siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang," ujarnya.

Dalam pada itu, Sarah juga sempat menitipkan doa kebaikan buat 'frontliners' yang sering menyokong segala tindakan dan memberi kata semangat buatnya di media sosial.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Sarah supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.











www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Media Hiburan & Instagram Siti Sarah Raissuddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: