03 March 2021

DITAWAR BERLAKON AKSI BOGEL DALAM SIRI NETFLIX - RAJA ILYA TERPAKSA TOLAK



"Tawaran yang saya terima itu bayarannya bagus dan diterbitkan syarikat produksi yang besar. Namun, saya tak nak buat. Sesetengah orang akan menerima babak sebegitu sebagai karya seni. Itu bergantung kepada individu sendiri.

"Namun, saya tak selesa untuk melakonkan babak yang memerlukan saya berbogel atau berkaitan dengan aksi seksual. Jadi, saya tolak," jelas pelakon Raja Ilya yang terpaksa menolak tawaran berlakon untuk siri Netflix kerana watak itu memerlukan dia berbogel.

Ilya yang menerima tawaran berkenaan kira-kira dua tahun lalu itu bagaimanapun tidak mendedahkan judul siri yang akan ditayangkan di saluran Netflix itu.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video yang dikongsikan, pelakon berusia 36 tahun itu berkata, dia ada pendiriannya sendiri untuk tidak menerima tawaran lakonan yang tidak sesuai dengan kehendaknya.

Menurut Ilya kini menetap di Perth, Australia, itu adalah kehendaknya sebagai individu dan sentiasa menghormati pendapat orang lain yang mungkin menganggap lakonan babak sebegitu sebagai karya seni.



Ilya berkata, dalam tahun yang sama, dia juga berpeluang menghantar video uji bakat untuk filem Star Wars: The Rise of Skywalker dan Jurassic World, namun tiada sebarang maklum balas.

Selain itu, namanya turut disenarai pendek untuk watak Kamala Khan dalam filem terbitan Marvel Studios iaitu Miss Marvel.

"Untuk uji bakat itu, nama saya disenarai pendek, namun tidak ada maklum balas. Saya anggap tidak ada rezeki pada waktu itu kerana saya tahu ada beberapa pelakon lain dari India yang turut disenarai pendek," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: