03 March 2021

AKUI KELUARGA SUDAH DAFTAR PENGAMBILAN VAKSIN - NORMAN PANDANG DARI SUDUT POSITIF



Umum sedia maklum mengenai pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Bagaimanapun, perkara tersebut telah menjadi perbualan hangat di kalangan wargamaya. Ada yang menyambut baik dan tidak kurang yang seolah-olah masih ragu-ragu mengenainya.

Berhubung isu pemberian vaksin yang bakal dilakukan secara berperingkat, pelakon dan pengacara Norman Hakim turut diminta memberikan pendapatnya. Menurut Norman, pemberian vaksin ini harus dipandang dari sudut positif demi kebaikan bersama.

Klik untuk gambar besar



"Bagi saya, kita kena pandang ia daripada sudut positif. Pun begitu, saya rasa masih tidak untuk bercakap mengenai isu suntikan vaksin ini.

"Cuma pada saya, selagi kita percaya bahawa segala apa yang berlaku dalam dunia termasuklah vaksin misalnya, semuanya atas iziNya. Saya percaya masing-masing ada pendapat tersendiri.



"Bila kita percaya vaksin ini adalah sebagai satu pengantaraan atau asbab atas keizinan daripada atas sana, jadi kita kena yakin benda itu akan membawa satu kebaikan dalam kehidupan. Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja," katanya.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pelakon berusia 45 tahun juga turut memaklumkan sudah bersedia berbuat demikian.

"Macam saya sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sudah pun mendaftar pengambilan vaksin dalam aplikasi MySejahtera, termasuk semua ahli keluarga," akhiri Norman yang merupakan hos program Mingguan Wanita ini.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: