19 March 2021

BILA NOOR NABILA DILAMAR ENGKU EMRAN ATAS HOT AIR BALLOON



Pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran menjadi perhatian ramai, meskipun pasangan ini bukan selebriti. Mereka pernah berkahwin dengan selebriti sebelum ini.

Apa yang pasti, pasangan ini sememangnya pandai berahsia. Terbaru, syarikat My Balloon Adventure menerusi laman Instagram mendedahkan foto romantis Engku Emran melamar Noor Nabila di atas belon panas yang telah disimpan sekian lama.

Menerusi perkongsian tersebut, Engku Emran telah merancang kejutan tersebut bersama adik Nabila iaitu Athisha Khan selama beberapa minggu.

"#TGIF cause our hearts can't take it anymore!! We kept it for so long! We can finally share it with the world!!! Heartfelt congratulations to @narmeukgne & @noornabila for tying the knot earlier this morning. We couldn't be happier for these two lovebirds.

Klik untuk gambar besar



"We have been planning the surprise proposal with @narmeukgne and @athishakhan for weeks and glad to inform that she was happily surprised. We even had a special appearance by @iamferhad serenading the happy couple with a few songs during breakfast," tulisnya.

Selain kejutan menaiki belon panas, lebih istimewa, penyanyi Ferhad turut membuat penampilan khas menyanyikan beberapa lagu pada majlis lamaran tersebut.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan kejutan tersebut serta mendoakan rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke syurga.









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram @myballoonadventure

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: