19 March 2021

LUAHAN SAKINAH PADA IBU: "SAYA MINTA MAAF KERANA TIDAK MENJADI MUSLIM YANG BAIK"



Semalam menerusi program 'Hard To Heart' yang dikendali oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, perkongsian pelakon Sharifah Sakinah telah 'menjentik' perasaan ramai penonton.

Menerusi program itu, Sakinah banyak berkongsi isu peribadi termasuklah pernah dibawa berjumpa pakar sakit jiwa oleh bekas suaminya.

Perkongsian Sakinah itu telah mendapat perhatian ibunya sendiri. Sakinah menerusi Instagram telah memuat naik perbualan mereka di aplikasi WhatsApp.

"Umi dah tengok program Nurul, you tak perlu risau pasal umi. You sentiasa dalam doa kami.. Whenever Umi berdoa dan you selalu menjadi anak kesayangan... Love you more," kata ibunya.

Klik untuk gambar besar



Sakinah kemudian membalas mesej tersebut dengan meminta maaf atas segala-segalanya.

"I love you, saya minta maaf, Saya minta maaf kerana tidak menjadi seorang muslim yang baik," tutur Sakinah.

Kemudian ini balas ibu Sakinah lagi: "Jangan risau... suatu hari you akan jadi, saya percaya. Allah Maha Besar. Doa ibu lah yang paling afdal Nurul".

Posting tersebut telah mengundang rasa sebak netizen dimana rata-rata mereka meminta supaya Sakinah terus cekal dan tabah untuk menghadapi dugaan. Malah, ramai juga yang mendoakan supaya Sakinah diberikan hidayah untuk menjadi muslim yang bagus.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharifah Sakinah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: