25 March 2021

BILA SITI SARAH KONGSI SUKA DUKA SEBELUM JADI PENYANYI



"MasyaAllah, sebak rasa bila jejak balik tempat Sarah dibesarkan dulu. 22 tahun Sarah dibesarkan kat sini. Maybe ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu Sarah sebenarnya dibesarkan di Keramat. Ni la cerita suka duka Sarah.

"Ni lah Sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat dengan rumah ni. awal-awal jadi artis pon ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha," tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Semakin ini turut mendedahkan bapanya, Raissuddin Hamzah yang pernah berniaga menjual roti canai di tepi jalan sekitar tahun 1997.

Klik untuk gambar besar



"Sarah ingat lagi zaman Malaysia ada krisis kewangan tahun 1997, walaupun abah Sarah seorang anak seni, abah juga terkena tempiasnya. Takda job langsung, mengarah ataupun berlakon, sampaikan kami dah tak mampu nak bayar kereta.

"Kerana tanggungjawab yg besar hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai. Dan roti canai tuuu... #NeverGiveUp #AkuNakKaya," demikian tulis penyanyi dan usahawan Siti Sarah menerusi laman Instagram miliknya.



Dalam entri tersebut, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu berkongsi cerita kisah suka duka keluarganya sebelum bergelar penyanyi, suatu ketika dahulu. Sarah turut mengimbau kenangan dan berkongsi foto sekolahnya yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur.

Meski kini dilihat sudah semakin berjaya, penyanyi berusia 36 tahun ini memberitahu sesuatu kejayaan itu tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha dan semangat untuk berjaya.

Untuk makluman, Sarah telah memulakan karier seni nyanyian selepas menyertai rancangan realiti nyanyian Bintang RTM pada tahun 2001.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Siti Sarah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: