28 March 2021

DIDAKWA LANGGAR SOP - POLIS SIASAT MAJLIS KAHWIN NEELOFA & PU RIZ



Baru sahaja Neelofa dan pendakwah bebas PU Riz, bernikah, polis diberitakan telah membuka kertas siasatan berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) majlis tersebut.

Harian Metro melaporkan, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan mendapati majlis tersebut gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Klik untuk gambar besar



Berikutan itu, pihak penganjur bagi majlis bertemakan persalinan serba putih itu akan dipanggil bagi membantu siasatan selanjutnya.

Ia berikutan semalam kecoh diperkatakan di media sosial mengenai dakwaan majlis kahwin berkenaan tidak mengikut SOP dan disifatkan 'double standard' antara rakyat biasa dan golongan artis.

Untuk info, Neelofa dan PU Riz selamat diijabkabulka di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: