28 March 2021

TAK PAKAI 'MASK' - AERIL MINTA MAAF, BENGANG DIGELAR B*BI: "MAK AYAH SAYA DAH MENINGGAL"



Pelakon dan juga usahawan Aeril Zafrel, 33, nampaknya turut menerima tempias susulan viral sebuah video kes sebuah butik pakaian terkemuka yang menganjurkan pertunjukan fesyen namun tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ini berikutan telah berlegar sebuah video di mana memaparkan Aeril turut hadir dalam majlis pertunjukan fesyen tersebut dan dilihat tidak memakai pelitup muka (mask) ketika ianya berlangsung.

Perkara itu kemudian tular di media sosial sekaligus telah mengundang kecaman daripada netizen. Sehubungan dengan itu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari tampil memohon maaf kerana enggan memanjangkan isu tersebut.

Aeril dalam masa sama menafikan dakwaan yang dia langsung tidak mengenakan pelitup muka ketika berada di pertunjukan fesyen jenama tempatan pada Rabu lalu. Aeril berkata ketika rakaman video itu dibuat dia sedang duduk di kerusi yang disediakan pihak penganjur.



"Sepanjang majlis saya pakai saja mask. Cuma waktu dah duduk tu saya buka sekejap. Tapi masa tu juga ada org rakam. Mintak maaf ya. Saya salah. Banyak kali dah saya mintak maaf ni.

"Dah mintak maaf dan dah mengaku kesilapan. Takpa selagi aku belum tidur ni aku explain la satu-satu," antara komen balas Aeril kepada warganet yang tidak berpuas hati.

Dalam pada itu, pelakon 'Tercipta Satu Ikatan' itu turut meluahkan rasa bengang apabila ada netizen yang tergamak menggelarkannya sebagai anak b*bi.



"Awat senyap anak b*bi weh? @aerilzafrel," tulis pengguna media sosial tersebut.

"Saya tahu saya salah, sebab waktu itu buka mask. Tapi nak cakap saya anak b*** saya tak boleh terima. Mak ayah saya dah meninggal. Kenapa nak b*bi kan mereka?" balas Aeril lagi.

Aeril dan isteri, pelakon dan usahawan Wawa Zainal antara jemputan selebriti yang hadir pada malam itu. Terdahulu, Aeril pernah disahkan posit1f Covid-19 selepas berkunjung ke rumah pembantu peribadinya yang kurang sihat pada 19 Januari lalu.







www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: