28 March 2021

SELAMAT BERSALIN - AZRINAZ TIMANG ANAK KEEMPAT, PEREMPUAN



Pada hari Jumaat lalu, personaliti TV terkenal iaitu Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melahirkan anak keempatnya yang merupakan bayi perempuan.

Berita gembira itu dikongsikan Azrinaz menerusi satu hantaran di laman Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Dalam hantaran tersebut, Azrina meluahkan rasa kesyukuran kerana bayi keempatnya itu telah dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

Klik untuk gambar besar



"Syukur ke hadrat Ilahi, pemilik segala alam. Keberkatan Jumaat penghulu segala hari, saya telah selamat melahirkan permata hati perempuan seberat 3kg semalam 26 March 2021 pada jam 1.15 tengahari," katanya.

Untuk makluman, Azrinaz mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun hasil perkahwinan bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 2018.

Azrinaz sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: