28 March 2021

TAK DAPAT HADIR, NABIL DOA KEBAHAGIAAN NEELOFA: "SEMOGA DAPAT ANAK YANG UNLIMITED"



"Tahniah, syukur Alhamdulillah akhirnya berjumpa dengan suami soleh. Semoga kekal melalui kehidupan sebagai suami isteri. Sabar banyak dan semoga mendapat anak yang unlimited.

"Tahniah Lofa sekeluarga dan PU Riz," demikian kata pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang cukup teruja dan mendoakan kebahagiaan rakan pengacaranya, Noor Neelofa yang sudah bertemu jodoh semalam.

Menurut Nabil, dia bersyukur apabila akhirnya Neelofa bertemu dengan seorang lelaki soleh sebagai suami. Nabil turut memaklumkan dia tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Neelofa dengan PU Riz yang berlangsung pada Sabtu (27 Mac 2021).

Namun mendengar perbualan dirinya bersama Neelofa sewaktu kedua-duanya menjadi pengacara sebuah program Islamik di Astro pada Khamis, dia sudah membeli hadiah perkahwinan untuk diberikan kepada Neelofa dan suaminya, PU Riz.

Klik untuk gambar besar



"Tahniah Lofa, majlis kau hari Sabtu kan? Sorry aku tak dapat datang. Zira cakap kalau buat malam kitorang datang. Aku dah siap beli hadiah, mesin basuh," kata Nabil sambil berseloroh.

Pada Sabtu, Neelofa, 32, PU Riz, 26, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang terdiri daripada 200 tetamu itu dihadiri ahli keluarga dan teman-teman rapat selebriti kedua-dua belah pihak.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram @nabilzira & @zira.ayub

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: