28 March 2021

"SALAH SIKIT PENUNGGANG AGAMA" - DA'I SYED NAFI UPAH 'BODYGUARD' KERANA KESELAMATAN TERANCAM



"Bukan bodyguardlah! Abang Mat ni selalu bantu saya. Dia yang selalu bawa kereta kalau saya ada event di mana-mana. Kalau event jauh-jauh macam ni barulah Abang Mat ikut... Kalau setakat pergi kedai tu tak adalah dia.

"Saya tidak pernah menerima ugutan sampai tahap mengancam nyawa dan keselamatan pun. Jadi tidak perlulah sampai nak upah bodyguard. Tapi saya akui mula mengambil pembantu peribadi selepas kontroversi yang melanda," itulah kata-kata penceramah bebas, penyanyi dan usahawan Da'i Syed.

Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, tampil menafikan dakwaan dimana dia terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya.

Jelas Da'i Syed, lelaki yang dikenali sebagai Abang Mat merupakan pembantu peribadinya dan disebabkan itu mereka sering kelihatan bersama. Tambah Syed Iqmal lagi, dia juga tidak pernah menerima ugutan sehingga mengancam nyawa atau keselamatan yang memerlukannya mengupah pengawal peribadi.

Klik untuk gambar besar



Ketika ditanya mengenai reputasi dirinya yng sedikit tercalar selepas kontroversi termasuk digelar penunggang agama, Da'i Syed berkata dia tidak mengambil pusing tentang perkara negatif.

"Bagi saya, saya bukan Nabi atau wali dan saya juga tidak maksum. Saya hanya manusia biasa seperti orang lain yang ada melakukan dosa, kesilapan dan sebagainya. Tetapi tetap ada cita-cita untuk memberi kebaikan orang. Kalau orang tengok kita salah sikit akan dituduh penunggang agama.

"Tetapi apa yang saya cakap atau sampaikan kepada orang tentang apa yang saya tahu dan saya pelajari selama ini. Saya hanya berkongsi ilmu yang saya ada tetapi saya tak cakap saya baik atau tak pernah buat salah," ujarnya.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Da'i Syed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: