28 March 2021

"ITU BUKAN AKAUN (TWITTER) RASMI SAYA" - PU RIZ



Akaun yang menggunakan nama @hrisbismail_ itu difahamkan baharu sahaja diaktifkan sebaik pendakwah bebas dan pelakon PU Riz sah bergelar suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, semalam.

Perkara itu menjadi bualan netizen sejak pagi, hari ini sehingga membuatkan PU Riz tampil menafikan dan kesal apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab membuka sebuah akaun Twitter palsu menggunakan namanya.

Individu itu membuat ciapan dan muat naik foto perkahwinan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, dengan Neelofa berserta kata-kata romantis serta tanda pagar #SayangHarisSeorang.

Klik untuk gambar besar



"Ini bukan akaun (Twitter) rasmi saya," kata PU Riz yang menafikan akaun Twitter tersebut yang kini sudah mempunyai lebih 5,000 pengikut itu kepunyaannya.

Pada Sabtu, pasangan ini diijabkabulkan pada pukul 11.40 pagi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu. Mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis yang sama, yang dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang berpakaian serba putih mengikut tema majlis.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor. Riz dan Neelofa berkenalan pada Jun 2017 sebelum menjalinkan hubungan lebih serius pada tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: