28 March 2021

"IA SUDAH SANGAT BIASA..." - AMELIA HENDERSON TAK PEDULI DIKRITIK PELAT & SEKSI



"Saya memang tak peduli sangat apa yang orang nak kata mengenai saya, terutama membabitkan dua perkara iaitu pelat dan seksi sebab memang takkan pernah jauh dari dalam diri.

"Ia sudah sangat biasa pun. Jadi, kalau masih ramai lagi yang rasa saya tetap seksi. Terima kasih," kata pelakon dan pengacara, Amelia Henderson yang enggan terus ambil peduli dengan persoalan seksi dan pelat yang sering dikaitkan dengannya sejak dari dahulu lagi.

Amelia, 26, berkata dia sentiasa menyedari bahawa dua perkara itu takkan pernah jauh daripada dirinya kerana 'label' itu sudah sinonim agak lama.

Mengulas tahap penguasaan bahasa Melayu, Amelia berkata dia sudah semakin fasih. Malah, katanya ia tidak perlu terus dipersoalkan atau menjadi tanda tanya.

Klik untuk gambar besar



"Kadang-kadang, saya sebenarnya rasa tak puas hati juga apabila sering ditanya mengenai pelat bahasa Melayu ini. Bagi saya, tahap percakapan ketika ini sudah makin baik dan fasih.

"Ditambah lagi, saya pun sudah banyak berlakon drama Melayu. Bahkan, sebenarnya ketika di belakang tabir pun saya selalu belajar betulkan sebutan bahasa Melayu.

"Apapun, sekarang pelat sebutan rasanya sudah tak ada sebab saya kini terima banyak juga projek berlakon yang skrip dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Jadi, saya sendiri yakin sudah fasih," ujarnya.


Amelia yang sebelum ini dilihat banyak juga membintangi drama air mata, bagaimanapun muncul dengan drama 'Romantika 4 Hari 3 Malam' di TV3, baru-baru ini.

Melakonkan watak seorang wartawan majalah, Amelia berkata untuk merealisasikan karekter itu wajar untuk dia fasih dan faham dengan bahasa Melayu. Apapun, katanya dia sudah membuat terbaik.

Amelia menceburi bidang seni sejak berusia setahun dengan berlakon iklan TV. Ketika usianya 12 tahun, dia aktif dalam teater menerusi pementasan 'The King and I' serta 'Peter Pan' di Istana Budaya (IB) pada 2007.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Amelia Henderson

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: