07 March 2021

DIKECAM BEDAH SANA-SINI, TAK RETI BERSYUKUR - SAFIEY KATA DIA TAK AKAN KELUAR ISLAM



"Tak apalah sayang semua, ratu depression ke, bipolar ke, bedah ke, gila ke, kena kecam ke, kena macam-macam lah ujian, Insya-Allah tak akan ratu keluar agama. Iman naik dan turun. Mungkin hari ini aku yang paling jahat, tapi esok lusa kita tak tahu. Allah nak bolak balik hati seseorang sekejap je," itulah kata-kata usahawan kosmetik dan juga penyanyi, Safiey Illias.

Menerusi satu muat naik di laman Instagram, Safiey berjanji tidak akan keluar dari agama Islam. Katanya, biarpun dikecam hebat dan berdepan dengan gangguan bipolar serta depresi, Safiey tetap dengan akidahnya sebagai umat Islam.

Dalam pada itu, Safiey juga mengambil iktibar daripada penghijrahan selebriti dan menasihati lagi kepada netizen agar tidak terlalu cepat menghukum dan hormati sesama manusia.

"Tengok je artis-artis sexy yang korang keji maki dulu, mungkin sekarang dah bertudung berpurdah. Tapi kau yang kutuk dulu tu, kau jadi apa sekarang??? Ke dia dah jadi lebih baik daripada kau pulak??

Klik untuk gambar besar



"PLEASE RESPECT ORANG YANG SEDANG DIUJI. Ko yang tak diuji patut bersyukur. Atau ko kene banyak istighfar sebab "ALLAH UJI SEBAB SAYANG".. TAK ADA UJIAN KANG RATU CAKAP ALLAH TAK SAYANG KAU KO MARAH, TAPI KO JADI USTAZAH DAN HAKIM MCM TUHAN KO TAK FIKIR PULAK.

"Hujung-hujung, jangan berhenti buat kebaikan selagi kita orang Islam. Sebab nanti ada satu kebaikan kita yang Allah SWT suka dan bagi hidayah. Kita pun tak tahu amalan yang mana. AKU PENDOSA," tambah Safiey.

Terdahulu, kecoh apabila usahawan kosmetik dan juga penyanyi iaitu Sajat dimana dia mengugut untuk keluar dari Islam apabila tidak henti-henti mendapat kecaman dari netizen. Tindakan Sajat itu mengundang rasa marah dan kurang senang dalam kalangan netizen.



Sementara itu, menerusi muat naik yang lain, Safiey telah berkongsi foto keadaan wajahnya yang menjalani pembedahan aestatik dan ia sekali lagi mencuri perhatian netizen.

Dengan keadaan wajah yang membengkak, Safiey berkata bahawa dia telah menyuntik 'filler' di bahagian bibir dan mata, sulam kening, suntikan penaik pipi, 'mini facelift' di kawasan telinga, suntikan salmon di muka dan laser 'CO2'.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut terkejut melihatkan perubahan mendadak wajah figura terkenal itu. Ada juga yang mencemuh penampilan Safiey dan menganggap usahawan kosmetik itu sebagai tidak bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah S.W.T.





















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara & Instagram Safiey Illias

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: