20 March 2021

ERRA FAZIRA UCAP TAHNIAH, DOAKAN BEKAS SUAMI & PASANGAN BAHAGIA



"Tahniah kepada kedua mempelai. Didoakan segala yang terbaik dan terbahagia buat pengantin serta anakku," itulah kata-kata pelakon, penyanyi dan pengacara Erra Fazira yang mengucapkan tahniah buat bekas suaminya, Engku Emran dan pasangan, Noor Nabila, selain mendoakan segala yang terbaik serta kebahagiaan buat mereka serta anaknya, Engku Aleesya.

Semalam iaitu 19 Mac 2021, Engku Emran telah selamat diijabkabulkan dengan Noor Nabila, selepas segala teka teki mengenai hubungan cinta mereka yang sebelum ini menjadi tanda tanya.

Untuk makluman, Erra berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Utusan & Instagram Erra Fazira & Noor Nabila

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: