"Kalau dia enggan serah diri, kita akan ambil tindakan," demikian kata Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang memaklumkan pihak polis Selangor sudah mengetahui tempat persembunyian Sajat dan akan menggambil tindakan jika usahawan itu enggan menyerah diri.
Sudah lebih dua minggu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, menghilang diri selepas diburu oleh pihak berkuasa ekoran gagal hadir perbicaraan di mahkamah syariah.
Sebelum ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga meminta bantuan pihak polis untuk mengesan usahawan itu.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan kosmetik tersebut selepas dia gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita
Sejak waran berkenaan dikeluarkan, Nur Sajat terus menghilangkan diri dan dipercayai menyembunyikan diri bagi mengelakkan daripada ditangkap JAIS.
www.myartis.com / Sumber: Kosmo
________________________
No comments:
Post a Comment