24 March 2021

HANA AZRAA BERSEDIA BERITAHU ANAK-ANAK YANG MEREKA AYAH LAIN-LAIN



Terfikir sekiranya kedua-dua anak bertanyakan mengenai bapa masing-masing kelak, bekas isteri kepada pendakwah bebas, PU Abu Sufyan iaitu Hana Azraa berkata dia sendiri sudah mempunyai jawapan kepada anak-anaknya itu seandainya persoalan tersebut diajukan.

"Sejujurnya tefikir juga sebenarnya. Tapi saya akan cakap tak kisahlah ayah lain-lain pun, yang penting kamu berdua dari perut dan rahim yang sama. Mommy yang ke hulu hilir kandungkan hampa 9 bulan. Jadi, siapa atau apapun background anak-anak, Hana akan pastikan mereka tetap akan menjaga dan berkasih sayang antara satu sama lain sampai syurga.

"Kalau tak mommy piat.Ya lah, lagipun depa kena jaga mommy bila dah tua nanti. Terutama Al-Mateen tu," jelas Hana melalui sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram Stories baru-baru ini.

Untuk makluman, Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari 2020. Sebelum itu, Hana pernah berkahwin dengan seorang jejaka dan memperoleh seorang cahaya mata perempuan bernama Afifah Aisyah, 5 tahun.

Klik untuk gambar besar








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hana Azraa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: