24 March 2021

"ADA JUGA CUBAAN UNTUK HACK..." - FACEBOOK SUHAIMI SAAD KENA BLOCK SEBULAN



"Facebook block SS 30 hari, sebab tu la tak nampak. Rindu eh?" demikian tulis bekas anggota kumpulan nasyid InTeam, penyanyi Suhaimi Saad menerusi posting terkini di akaun Facebook miliknya.

"Ada cubaan hacked akaun Facebook saya juga dari Sandakan. Terkejut saya. Ramai yang tanya saya kenapa sudah lama tak aktif di Facebook. Sebenarnya akaun itu telah disekat dan tidak boleh digunakan untuk membuat sebarang posting. Saya cuma boleh log in namun tidak boleh buat apa-apa pun. Sekadar mampu meninjau, balas komen pun tak boleh.

"Ya lah, mungkin ada pihak tak suka sebab saya banyak membangkang," itulah kata-kata Suhaimi atau lebih mesra dengan panggilan SS yang tampil mendedahkan akaun Facebook rasminya telah disekat selama sebulan sejak Februari lalu.

Klik untuk gambar besar



Baru mendapat semula akaunnya beberapa hari lepas, kata Suhami sebelun itu menerusi sesi siaran langsung di Instagram, akaun terbabit tidak boleh diakses secara tiba-tiba. Akaun Facebooknya kini sudah boleh diakses sejak semalam dan Suhaimi telah mengemaskini beberapa posting di akaun tersebut.

Meninjau akaun terkini Facebook milik Suhaimi, hanya yang tinggal posting terbaharu yang mula dikemas kininya. Difahamkan, posting terdahulu termasuk foto dan videonya telah dipadamkan dari akaun terbabit. Selain itu, dedah Suhaimi, akaun Facebook pernah hampir digodam yang berpangkalan di Sandakan Sabah.

Namun, suami kepada Ina Naim itu enggan mendedahkan identiti penggodam berkenaan. Sepanjang akaun Facebook disekat, Suhaimi menjalankan promosi perniagaan yang dijalankan menerusi Instagram dan status aplikasi WhatsApp. Kiriman terkini Suhaimi dialu-alukan oleh peminatnya yang rindu melihat telatahnya di Facebook.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Suhaimi Saad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: