24 March 2021

'KEKASIH' SUDAH JUMPA IBU - WANY HASRITA ENGGAN DEDAH SELAGI BELUM ADA HITAM PUTIH



"Ibu sudah bertemu dengannya. Tetapi, jika nak kata restu atau tidak, saya tidak boleh komen kerana perjalanan masih jauh. Sebagai ibu, saya pasti sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak tunggalnya ini," kata penyanyi Wany Hasrita, 29, yang tetap dengan pendirian tidak mendedahkan identiti lelaki yang didakwa kekasihnya.

Walaupun masih berahsia, namun penyanyi yang sedang mempromosikan single baharu, 'Cinta Khayalan' itu mengakui, kekasihnya itu sudah dibawa bertemu dengan ibunya.

Dalam pada itu, Wany berkata, dia lebih selesa untuk tidak berbicara secara terbuka mengenai soal kekasihnya, selagi belum ada hitam putih seperti kad undangan perkahwinan.

Klik untuk gambar besar



"Pengalaman saya lalui dan rakan artis membuatkan saya lebih berhati-hati berbicara soal jodoh. Saya tidak berani mahu mengesahkan apa-apa kerana masih terlalu panjang perjalanan. Dalam tempoh ini, apapun boleh berlaku.

"Apabila sudah ada kad kahwin depan mata, barulah sesuai untuk saya berkongsi mengenainya. Apapun, saya nak lepaskan sahabat, Ernie Zakri kahwin dahulu," jelasnya.

Sementara itu, mengulas isu kemenangan lagu 'Belenggu Rindu' yang menduduki tempat ketiga pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) kurang diperkatakan berikutan dibayangi isu lain, Wany berkata, dia tidak berkecil hati dengan perkara itu.



Baginya, dia lebih mengutamakan kejayaan diraih lagu yang dinyanyikan bersama Datuk Jamal Abdillah kerana kemenangan bukan dapat dijangkakan ketika melangkahkan ke pentas prestij itu.

"Saya tak kisah jika orang kata berita kemenangan lagu Belenggu Rindu ditenggelami isu lain kerana apa yang lebih penting soal kepuasan. Pengalaman dikritik ketika menyertai AJL, dua tahun lalu membuatkan saya berdoa semoga Tuhan menutup aib saya kali ini.

"Mungkin disebabkan doa, orang tak bercakap langsung mengenai kemenangan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong ini. Apapun, saya bersyukur kemenangan ini secara tidak langsung membuktikan saya juga boleh berjaya, asalkan bekerja keras dan sentiasa memperbaiki diri," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Wany Hasrita

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: