24 March 2021

"DIA KENALI SAYA KETIKA BERISI LAGI... SAYA SANGAT CINTAKAN FARHAN" - ZULIN AZIZ



"Saya dan Farhan kenal sejak setahun lalu. Dia mengenali ketika saya masih berisi lagi. Jadi, tiada tanggapan sudah kurus baru nak ada kekasih. Farhan selalu menyokong apa sahaja yang saya lakukan termasuklah berniaga dan jadi rakan kongsi perniagaan.

"Jujurnya, saya sangat cintakan Farhan," demikian kata pelakon Zulin Aziz yang dilihat terbuka berkongsikan gambar bersama kekasihnya, Farhan Norzaini, malah turut memanggil kekasihnya dengan gelaran 'B' di laman Instagram.

Belum bersedia berkongsi secara mendalam mengenai kisah cinta bersama Farhan, Zulin menolak tanggapan apabila sudah kurus barulah dia mempunyai kekasih.

Klik untuk gambar besar



Lebih selesa menyimpan kisah cintanya buat masa ini, Zulin berkata dia akan berkongsi cerita lebih lanjut apabila sudah berkahwin kelak.

"Bukan saya nak mengelak menjawab isu perhubungan dengan Farhan. Cuma, kisah cinta biarlah kami simpan buat masa ini. Apabila sudah berkahwin, insya-Allah saya berkongsi cerita," ujarnya.



Dalam pada itu, Zulin mendedahkan, dia tidak kering gusi membaca komen netizen dalam laman IG mengenai kekasihnya. Zulin berkata, dia dan Farhan kini mencari rezeki bersama dalam dunia perniagaan.

"Memang nak tergelak membaca komen netizen dalam media sosial mengenai Farhan. Bagaimanapun, saya mahu menegaskan Farhan bukan pelakon dalam video muzik. Dia juga bukan pelakon untuk mempromosi bisnes saya.

"Kami mahu membina masa depan bersama. Jadi sokonglah perniagaan sambal di bawah nama sambaltujuh. Saya juga mengharapkan doa yang baik baik. Kami sedang berusaha mencari rezeki agar impian dan cita-cita tercapai," tuturnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Zulin Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: