24 March 2021

SUKA TEGUR AURAT WANITA SI MEDIA SOSIAL - NAZ RAHMAN GELAR 'TALAM DUA MUKA'



"Kepada yang rajin benar ‘menegur’ aurat wanita yang tidak dikenali di socmed, tapi diam bila bersemuka, adilkah kalau saya kata, anda menegur bukan kerana Allah SWT.

"Anda menegur untuk up diri sendiri, nak rasa diri andalah paling terbaik.

"Talam dua muka, tepuk dada tanya selera," tulis pelakon dan pengacara Naz Rahman.

Naz menulis demikian sebagai respon kepada segelintir individu yang suka menegur aurat wanita di media sosial, tetapi dakwanya bersikap hipokrit.

Klik untuk gambar besar



Hantarannya itu mendapat perhatian netizen dan ramai yang menyokong kenyataan tersebut tentang cara seseorang yang mahu berdakwah di media sosial.

"Kalau betul ikhlas, demi keredaanNya, tegurlah secara sulit. DM (mesej) boleh, berbisik boleh.

"Mungkar atau alim, tiada siapa yang suka dibuka aibnya, walaupun nampak macam dia yang buka aib sendiri," komen seorang pelawat halaman Twitter pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: