24 March 2021

RASA DIHARGAI - SHIHA ZIKIR IMBAU KENANGAN JADI TOP 20 AF3: "BERGENANG AIR MATA..."



Penyanyi Shiha Zikir baru-baru ini telah muat naik video di laman Instagram dan meluahkan rasa terharu selepas melihat satu rakaman video yang disunting oleh salah seorang peminat menerusi aplikasi Tik Tok.

Rakaman video tersebut telah memaparkan perjalanan Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir dalam karier seni nyanyian yang telah bermula pada tahun 2005.

Penyanyi berusia 33 tahun ini telah memulakan karier seni nyanyian selepas terpilih untuk menyertai program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) namun hanya berjaya di peringkat TOP20.

"Bergenang airmata bila ada jugak orang notice kehadiran Shiha dalam industri..Dari vibrato sekilo,sampaila sekarang..Hihi..Terima kasih @raja.fazzle .. Shiha ternampk video ni di tiktok.

Klik untuk gambar besar



"Rupanya banyak lagi video Shiha yang lain yang beliau share. Terharu sungguh. Shiha masih ada dalam industri ni bukan kerana populariti tapi inilah passion Shiha & tempat Shiha untuk cari rezeki 🥲 ailebiu..

"Pssst: kat AF kena paksa pakai pink dgn akak @iedazikir_official sebab akak nak perempuankan Shiha yg boyish dulu . Dulu nk pakai heel or mekap sikit pun tak nak..haha skrg mmg asyik nk mekap je.. 😅," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Imbas kembali, anak kelahiran Pulau Pinang ini semakin dikenali ramai selepas membintangi rancangan Mentor musim kelima dan merupakan protégé kepada penyanyi Allahyarhamah, Sharifah Aini pada tahun 2011.





KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON

VIDEO 1


VIDEO 2



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Shiha Zikir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: