24 March 2021

JALANI PEMBEDAHAN BUANG JARI KAKI AKIBAT DIABETIS - BAD INDIGO MOHON DOA



"Assalamualaikum semua, minta doakan pembedahan kaki saya akan berjalan lancar dan luka akan sembuh dengan segera. Minta doa ya, terima kasih semua.

"Doa2 kalian amatlah saya hargai. Tq semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz, anak2 kami, mak n keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat," kata ahli kumpulan Indigo, Bad.

Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop, 46, meminta doa ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar selain mengharapkan agar luka yang dialami segera sembuh seperti sedia kala.

Bad berkongsi harapannya itu menerusi satu perkongsian yang dimuat naik dalam bentuk video di Instagram, pada Rabu. Menerusi kapsyen, bekas peserta Gegar Vaganza 7 ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan, termasuk ahli keluarga.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, penyanyi ini terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki disebabkan luka dari penyakit diabetis dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sementara itu dalam ruangan komen, rakan artis dan para peminat menitipkan kata positif buat Bad selain berdoa agar masalah kesihatan yang dialami kembali pulih.

Malah, isterinya yang juga penyanyi, Ashira Aziz turut mendoakan kesejahteraan suami selain berkongsi keratan doa di Insta Story. Untuk makluman, Bad dan Ashira sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac lalu.












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Bad Indigo & Ashira Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: