24 March 2021

ISA KHAN: "DATANG ATAS URUSAN PERNIAGAAN... ADA MASA, AKU LUANGKANLAH BERSAMA ISTERI"



"Lepastu belum sempat aku bagi statement apa-apa, kau tulis artikel ikut sedap kepala kau dah kenapa? Sapa ajar bro? And then kau nak cover pungkuq kau, kau tulis lagi satu artikel cakap netizen yang tuduh bukan-bukan.

"Aku rasa yang busuk hati tu kau kot. Aku minta kau remove artikel tu sebab berbaur fitnah dan boleh timbulkan lagi banyak salah faham, itu pun kau tak boleh nak buat???

"Bangga sangat dengan write up sampah kau tu ke? Ini memang jenis makhluk bebal yang tahap tak faham bahasa dah ni. Btw, aku datang sini memang atas urusan perniagaan. Semua dokumen lengkap perniagaan pun dah di sertakan pada pihak yang bertugas.

Klik untuk gambar besar



"Ada masa, aku luangkanlah bersama isteri. Mungkin posting ada timbulkan salah faham, itu sahaja. *Eh bro, lain kali tanya dulu. Jangan main henjut ikut sedap kepala kau je. Nak muntah aku baca artikel kau. #cheap," demikian kata pelakon Isa Khan menerusi satu posting yang dimuat naiknya di laman Instagram miliknya.

Isa dalam entri tersebut menyelar tindakan seorang wartawan portal tempatan yang dikatakan mengeluarkan artikel tanpa mendapatkan kepastiannya terlebih dahulu.

Tidak mahu menimbulkan salah faham orang ramai, Isa berkata dia sudah meminta artikel tersebut dipadam namun penulis gagal berbuat demikian.



Jelasnya, dia sememangnya ke Sabah atas urusan perniagaan malah dokumen lengkap sudah pun disertakan kepada pihak yang bertugas. Menurutnya lagi, mungkin posting yang dibuatnya telah menimbulkan salah faham itu sahaja.

Sebelum ini, isteri Isa iaitu pelakon Risteena Munim menerusi Instagramnya menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan mereka ke Sabah atas urusan perniagaan. Terbaru, Risteena memuat naik video bersama staff.

Hampir dua minggu berkahwin, nama pasangan pengantin baru ini sekali lagi menjadi bualan kerana didakwa merentas negeri untuk berbulan madu. Dakwaan mula timbul apabila pasangan ini memuat naik foto seakan berada di sebuah pusat peranginan.



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Isa Khan & Risteena Munim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: