24 March 2021

NEELOFA MOHON URUSANNYA DIPERMUDAHKAN - FOTO LATAR BELAKANG CURI PERHATIAN



"Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya. Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat Mu aku meminta pertolongan.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dengan rahmat Mu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian," tulis selebriti terkenal, Noor Neelofa yang berkongsi hantaran tiga potong doa berkaitan dipermudahkan segala urusan.

Menerusi hantaran dimuat naik itu, Neelofa turut menulis keterangan supaya orang ramai juga dapat mendoakan dirinya: "Dengan rahmat Mu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian," katanya.

Perkongsian bekas pengacara MeleTop itu mendapat lebih 231,000 tanda suka dan hampir 4,000 komen. Kebanyakan yang menulis mengaminkan doa itu selain mendoakan segala yang dirancang berjalan lancar.

Klik untuk gambar besar



Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai ialah latar belakang kolaj beberapa keping foto yang menghiasi doa itu. Jika dilihat dengan teliti, ia sepertinya menampilkan seorang wanita yang sedang 'fitting' busana berwarna putih meskipun tidak dilihat wajahnya dengan jelas.

Bukan itu sahaja, daripada foto yang dimuat naik pereka fesyen terkemuka Faizul Surani iaitu Rizalman Ibrahim by Faizul Surani, dapat dilihat kain layah perkahwinan dengan cacahan huruf N yang disimpulkan oleh orang ramai sebagai pangkal nama Neelofa.

Malah sosok wanita yang megenakan busana pengantin itu turut menjadi perhatian ramai dan terus menimbulkan teka-teki para peminat dan netizen Malaysia.



Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Neelofa dan pasangannya juga pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz bakal berkahwin pada minggu ini kemungkinan pada Jumaat atau Sabtu ini. Namun, belum ada sebarang kenyataan daripada kedua belah pihak berkenaan perkara itu.

Pada 1 November lalu, pihak PU Riz sudah merisik Neelofa dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga Neelofa.

Apa-apa pun, semoga segalanya berjalan lancar buat Neelofa dan PU Riz.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Beautifulnara, Oh My Media & Instagram Noor Neelofa & PU Riz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: