"Pemohon itu ada mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat dan berdasarkan dokumen itu pihak polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac ini.
"Bagaimanapun, gambar lelaki itu bersama isterinya berusia 31 tahun tular di media sosial semalam," demikian kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah yang memaklumkan pihaknya menerima permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada seorang lelaki berusia 27 tahun di Balai Polis Setapak pada 20 Mac lalu.
Baru-baru ini hangat diperkatakan pasangan selebriti yang baru berkahwin didakwa merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah. Berikutan itu pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu tersebut.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, pasangan itu masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis sebaik pulang ke Semenanjung.
Terdahulu, gambar seorang pelakon wanita bersama suaminya di Sabah yang dimuat naik di media sosial mengundang kecaman apabila mereka didakwa merentas negeri ke Sabah untuk berbulan madu, baru-baru ini.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment