15 March 2021

IFA RAZIAH KONGSI KISAH HIDUP: "KALAU SUAMI TAK BOLEH BAGI ZURIAT, SAYA CERAIKAN JE"



"Saya ni ada dua episod bergelar janda. Dulu masa sebelum jadi artis saya dah bercerai, tahan setahun je perkahwinan tu. Saya senang je, kalau suami tak boleh bagi zuriat, saya ceraikan je.

"Selepas jadi artis, saya kahwin kali kedua, namun tetap diceraikan sampailah perkahwinan ketiga. Orang nampak saya ceria, bergelak tawa, tapi realitinya banyak dugaan bergelar janda.

"Masyarakat pandang janda ni hina, jahat dan berdosa sangat. Kita tak minta jadi begitu, tiada wanita dalam dunia ni minta diceraikan," itulah cerita pelakon dan penyanyi Ifa Raziah yang mendedahkan perit getir bergelar seorang 'janda berhias'.

Disebalik keceriaan dan telatahnya yang gila-gila, terselit satu kisah duka menyelubungi Ifa. Kisah tersebut bakal dikongsikan menerusi program Borak Kelamin episod tiga, jam 9 malam ini.

Menurut Ifa, satu hakikat yang terpaksa 'ditelan' oleh seorang janda adalah banyak kesusahan terpaksa dilalui berbanding bahagia. Jelasnya, sepanjang menjadi janda juga, dia kerap berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan suami yang mampu bimbing dan jaga dengan penuh kasih sayang.

"Alhamdulillah selepas kehancuran yang saya lalui, Allah hadirkan suami yang terbaik buat saya. Now dah masuk ulang tahun ke-17 selepas 20 tahun kami bercinta. Banyak suami korbankan untuk saya, moga cinta kita kekal ke Jannah, terus sama-sama hidup dan mati," katanya.

Sementara itu, seorang lagi tetamu undangan, Pakar Motivasi terkenal iaitu Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad menjelaskan menafkahi janda seolah perang Fisabilillah.

"Ada pahala menafkahi janda, walaupun tiada ikatan. Tapi ramai orang salah faham," katanya yang akan menjelaskan sepenuhnya menerusi Borak Kelamin.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: