15 March 2021

BILA AZHAR SULAIMAN BERI PELUANG 'SOUND' ANAK KEMBARNYA SEMPENA HARI LAHIR



Pelakon Azhar Sulaiman menerusi laman Instagram telah memuat naik video bersama anak kembarnya, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin sempena ulang tahun kelahiran mereka.

Dalam entri tersebut, Azhar turut berseloroh meminta pengikutnya 'sound' Leona dan Andika: "Selamat hari jadi ke-19 kepada anak kembar saya, korang 'sound' mereka sikit," kata Azhar.

Anak-anaknya terpinga-pinga dan terus mengucapkan terima kasih kepada yang memberi ucapan hari jadi kepada mereka. Azhar di adalam kapsyen juga menasihati anaknya supaya menjaga tingkah laku: "Behave ok Twins," tulisnya.

Muat naik berkenaan telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-ratanya menyifatkan Azhar sebagai bapa yang baik dan bersahaja ketika bersama anak-anak.

Klik untuk gambar besar



"Sound dengan doa je," kata salah seorang pengikutnya. - "Bang bagus la cara abang dengan anak, saya suka cara abang," puji salah seorang peminatnya. - "Meh nak 'sound' sikit... Happy Birthday twins," ucap salah seorang warga maya.

Baru-baru ini, Leona menerima kecaman netizen selepas pakaiannya disifatkan terlalu menjolok mata dan tidak sopan.

Untuk makluman, Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Anak sulung pasangan ini bernama Kasih Leia Ixora yang berusia 22 tahun dan sepasang kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azhar Sulaiman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: