15 March 2021

PEMBANTU RUMAH EMMA MAEMBONG CABUT LARI GARA-GARA TEMAN LELAKI FACEBOOK



"Assalamualaikum, sesiapa nampak dia tolong bagi tahu saya. Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa. Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura pura baik dengan kita.

"Secara tiba tiba, takda angin takda ribut tak cakap apa apa. Terus keluar rumah ambil kunci dan access card dengan membawa 2 plastic bag sampah besar, alasan nak buang sampah. Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah. Terus matikan hp dan block kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh contact.

"Jadi, tujuan saya cuma nak beri peringatan pada semua untuk berhati hati. Semoga Allah membalas segalanya," demikian kongsi pelakon Emma Maembong yang meminta bantuan orang ramai mengesan pembantu rumahnya yang melarikan diri pada hari ini (Isnin).

Klik untuk gambar besar



Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 29, memberitahu pembantu rumah itu menghilangkan diri selepas memberi alasan mahu membuang sampah di hadapan rumah.

Tambah Emma lagi, dia amat kecewa dengan sikap pembantu rumahnya itu yang selama ini dianggap seperti keluarga sendiri.

"Sedih saya, saya jaga dia elok-elok. Hancurnya hati ini... baru bawa dia shopping dan belikan telefon baharu. Rupa-rupanya kenal dengan lelaki di Facebook terus lari nak kahwin," dakwanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: