16 March 2021

"MK TETAP MK, MASIH BAD BOY... RANTAI EMAS, SATU HARI NANTI SAYA TANGGALKAN" - MK K-CLIQUE



"MK tetap MK. Masih bad boy (tertawa). Orang luar kena tahu. Sebagai penghibur, tugas kami menghiburkan bukan nak mewujudkan contoh-contoh yang tidak baik. Saya terima teguran masyarakat tentang pakai rantai emas. Jangan risau, satu hari nanti saya tanggalkan.

"Sejak tiga bulan lalu, saya mencari jalan dan masa untuk mengosongkan jadual untuk fokus 100 peratus terhadap kelas agama. Orang cakap perubahan itu nampak terlalu drastik tetapi tidak benar, perkara itu cuma berlaku secara spontan.

"Media sosial hanya tempat dan pilihan kita untuk berkongsi apa yang mahu ditonjolkan atau perlu orang sedari. Tak semua perkara kita ingin tunjuk," demikian kata penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu MK.

Klik untuk gambar besar



MK tidak melenting meskipun sering ditegur mengenai pemakaian emas, sebaliknya berkata dia masih dalam proses untuk mendekatkan diri dengan agama.

Baru-baru ini tular kisahnya keluar tiga hari menyertai tabligh, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dia cuba perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan dan bukan secara drastik.

Sedar tanggungjawabnya sebagai figura, MK berkata bukan niatnya untuk menunjukkan contoh tidak baik. Katanya lagi, suatu hari nanti dia akan tinggalkan pemakaian rantai emas.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram MK K-Clique

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: