16 March 2021

FLOOR 88 TAK KECEWA TEWAS DI AJL35: "DAH TAK UNDI, MACAM MANA NAK MENANG"



Semua sedia maklum kategori Persembahan Terbaik di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Ahad lalu, dimenangi Zizi Kirana. Kumpulan Floor 88 bagaimanapun tidak kecewa walaupun mereka yang disebut-sebut peminat sebelum ini.

Pemain keyboard kumpulan itu, Eric Fuzi berkata, 'kemenangan' disebut-sebut berkenaan hanya ramalan yang dibuat peminat, namun hakikatnya semalam mereka juga sepatutnya tidak lupa menghantar undian.

"Pemenang Persembahan Terbaik ditentukan berdasarkan undian penonton. Jadi, sekiranya mereka rasa persembahan kami terbaik dan mantap semalam, kenalah hantar undian. Apatah lagi semua finalis bertanding di AJL35 itu dilihat membuat persembahan yang terbaik.

Klik untuk gambar besar



"Apapun, seni ini adalah subjektif dan bukan formula. Jadi, kalau dah subjektif itu sudah tentu pelbagai dan banyak variasinya. Malah, tak boleh hanya meramal, tapi kena undi juga. Dah tak undi, macam mana nak menang," katanya.

Floor 88 yang turut dianggotai Ayie Elham selaku penyanyi, Achoi (gitar utama), Falique (bass), Amir (gitar kedua) dan Akram (dram) berentap menerusi lagu Hutang hasil ciptaan Zai Hamzah dan lirik Achoi Floor 88.

Terdahulu, pemilihan Floor 88 bertanding di AJL35 pernah menimbulkan persoalan 'kelayakan' yang mana di kata ada lagu dan penyanyi lain lebih patut jadi pilihan bertanding di acara berprestij itu berbanding mereka.


Eric berkata, Floor 88 tetap berpuas hati walaupun tidak menang kerana rata-rata komen berhubung persembahan mereka di AJL35 itu mendapat maklum balas yang baik dan positif .

"Saya bersyukur persembahan Floor 88 tidak dikecam netizen. Menang, kalah adat bertanding dan kami terima dengan rela hati untuk menjadi pembakar semangat pada masa akan datang.

"Paling utama, Floor 88 juga gembira kerana membuktikan kami layak bertanding di AJL35. Malah, dapat pula membuat persembahan baik yang sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Floor 88 & TV3

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: