01 March 2021

KEHILANGAN SAJAT - POLIS SELANGOR SEDIA BANTU JAIS BURU



"Kita sedia bantu," demikian kata pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang memaklumkan pihak polis sedia membantu mengesan usahawan kosmetik, Sajat yang dikenakan waran tangkap Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.

Bagaimanapun, Datuk Arjunaidi berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Semalam dalam laporan Kosmo, sumber memberitahu bahawa pihak berkuasa telah melakukan serbuan ke kediaman Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, namun usahawan tersebut gagal ditemui.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya Selasa lalu berhubung isu berpakaian wanita.

Beberapa hari lalu, menerusi laman Instagram Sajat seolah-olah memerli Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila memberitahu masih tiada orang mengetuk pintu rumah untuk menangkapnya.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: