01 March 2021

MEDLEY LAGU AJL35 - NETIZEN JATUH HATI DENGAN SUARA HANNAH & RAYSHA



Pada 14 Mac ini, Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) bakal bersiaran secara langsung setelah ditunda sebelum ini. Program tersebut bakal diadakan tanpa kehadiran penonton dan sebanyak 12 lagu akan bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu.

Semua sudah mengetahui bahawa saban tahun, pasti ada saja nyanyian medley AJL. Tahun ini Valient Music menghasilkan sebuah video medley AJL35 yang dinyanyikan oleh empat selebriti iaitu Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose dan Dean Eiman.

Nampaknya gandingan empat selebriti itu ternyata telah menarik perhatian ramai apabila rata-ratanya memuji suara merdu Hannah dan Raysha.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, konsep penggambaran video itu merupakan idea dari Hannah sendiri manakala susunan semula muzik telah dilakukan oleh Azmi.

Dalam pada itu, netizen mengatakan video tersebut boleh trending dek kerana ramai yang jatuh hati dengan kelunakan suara Hannah dan Raysha.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan empat penyanyi ini muncul menyanyikan medley ini di malam pembukaan AJL35. Video nyanyian nyanyian medley AJL35 itu dimuat naik di laman YouTube 12 tengah malam tadi dan setakat ini sudah mendapat hampir 170 ribu tontonan.












ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: