11 March 2021

'LYLA AMINA' - NAMA ADIK LARA ALANA



Akhirnya pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya mendedahkan nama anak perempuan kedua mereka selepas hampir sebulan dilahirkan iaitu pada 12 Februari lalu.

Berkongsi secara eksklusif dalam program 'Schawal Baby Boom' yang ditayangkan hari ini, Awal dan Scha telah memilih pilihan kakak Lara Alana iaitu 'Lyla Amina' untuk diberikan kepada adiknya.

Untuk makluman, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Anak sulung pasangan ini bernama Lara Alana bakal genap usia 7 tahun pada 22 Julai nanti.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan ini. Semoga Lyla terus membesar dengan sihat.

Klik untuk gambar besar



















www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram @majalahpama, Scha Alyahya & Awal Ashaari

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: