15 March 2021

NABILA RAZALI 'TERKUCIL' DALAM AJL35 - ADA YANG KRITIK, ADA JUGA BERI SOKONGAN



Nampaknya nasib penyanyi Nabila Razali sekali lagi tidak berpihak kepadanya apabila persembahannya menerusi lagu 'Peluang Kedua' di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) mengundang kritikan netizen.

Ia berikutan berlaku sedikit insiden 'terkucil' di bahagian korus ketika Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, mendendangkan lagu tersebut.

"Selepas ini tiada lagi peluang kedua atau ketiga buat Nabila Razali. - "Tak perlu dah beri peluang kepada Nabila. Saya kecewa," itulah antara kritikan yang diterima Nabila selepas menonton persembahannya malam tadi.

Biarpun menerima pelbagai kritikan dan kecaman namun beberapa selebriti tempatan antaranya pengarah Michael Ang, pelakon Syafiq Kyle dan Ika Nabella tampil bersolidariti memberi kata-kata semangat kepada Nabila.

Klik untuk gambar besar



"Ok bukan aku kawan Nabila! Tepuk la sikit, tak la perfect dia nyanyi. Ada tergelincir banyak tu tadi tapi sekurang-kurangnya dia tetap berani nyanyi.

"Basically cakap dengan yang kritik kat luar tu pergi maxxxx la apa kau orang nak cakap, at least I try! And aku dah kaya dengan lagu ni," tulis Michael.

"Bukan senang nak nyanyi atas pentas #AJL35 ni. Kita bukan kat situ kan but overall, you did well Bella! Sing along juga tadi hehe #peluangkedua," komen Syafiq.

"Dengar pun tahu dia gementar gila. Respect your braveness! Bukan mudah sebenarnya nak buat persembahan apabila anda berada dalam keadaan tertekan. Lagi-lagi orang tunggu saja anda buat salah," kata Ika.



Selain itu, rata-rata netizen dan pelakon terkenal Mira Filzah serta Neelofa juga memberi sokongan serta kata positif kepada Nabila.

"Ya Allah... kesian Nabila. Semua orang sepatutnya belajar menghormati apa yang orang lain lakukan. - "Saya dapat rasakan dia gementar dan nak lakukan yang terbaik. Tak apa Nabila Razali. Ini kali pertama buat anda tapi saya dapat rasakan lagu 'Peluang Kedua'. Penyampaian sampai. Saya yakin awak boleh lakukan yang terbaik selepas ini.

"Tak apa sis! Anda sudah melakukan yang terbaik pada malam ini. Kami sayang anda. - "Saya rasa sangat kasihan dengan Nabila. Mungkin dia terlalu gemuruh.



"Berhenti membulinya dan jika ditonton semula, nyanyiannya sangat beremosi. Awak telah lakukan yang terbaik!" tulis beberapa netizen yang memberi kata-kata semangat kepada Nabila.

Dalam pada itu, tajuk lagu ciptaan penyanyi dan komposer Hael Husaini dan MFMF serta nama Nabila sendiri turut menjadi trending di Twitter. Nabila antara 12 finalis berentap di pentas AJL35 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa penonton.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Nabila 'terkucil' dalam nyanyiannya kerana kejadian sama pernah berlaku pada tahun lalu ketika membuat persembahan dalam rancangan MeleTOP.

Sebelum ini, Hael menggantikan Nabila yang tidak dapat membuat persembahan ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 kerana terpaksa direhatkan susulan masalah peti suaranya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Kosmo & Instagram TV3

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: