25 March 2021

"NEELOFA SEMOGA JADI ISTERI SOLEHAH & RIZ JAGA PERHIASAN DUNIA..." - USTAZ DON



"Alhamdulillah selesai hari ni shooting dengan 2 orang insan hebat yg Allah pilih mereka atas kehebatan mereka, Nabil & Neelofa. Untuk Nabil Ahmad my brother, saya doakan agar sentiasa dalam peliharaan Allah, dilindungi daripada fitnah, selamat daripada bala bencana, dijauhkan daripada tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab, sentiasa dalam circle yang diredhai Allah. Credit kepada kumpulan tabligh, Sri petaling, maulana2 yg banyak bagi kesan kepada sahabat saya ini. Brother, I love u.

"Untuk Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yg baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada Riz, jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini. Jangan lupa tonton rancangan NtoN, Nabil to Neelofa, Ramadhan ini di Astro Oasis," demikian kata Ustaz Don Daniyal menerusi Facebook.

Pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa khabarnya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi yang didakwa Jumaat atau Sabtu ini. Spekulasi mula tercetus apabila ada pihak mendedahkan lokasi pasangan ini bakal diijabkabulkan. Namun, setakat ini tiada sebarang pengesahan dilakukan pihak mereka.

Klik untuk gambar besar



Terkini, status terbaru Ustaz Don di Facebook telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik doa buat pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa. Difahamkan, mereka bertemu ketika penggambaran program Nabil to Neelofa yang bakal bersiaran Ramadhan ini di Astro Oasis.

Menerusi perkongsian tersebut juga, Ustaz Don turut memberi penghargaan kepada kumpulan tabligh, Sri Petaling kerana memberi banyak kesan kepada perubahan Nabil Ahmad.

Sementara itu, buat Neelofa, pendakwah popular ini mendoakan semoga disatukan dalam keberkatan dan dihimpunkan bersama orang baik. Turut diselitkan doa semoga Neelofa menjadi isteri solehah buat pasangannya, PU Riz. Dalam masam sama, Ustaz Don juga berpesan kepada PU Riz supaya menjaga perhiasan dunia yang diberikan Allah SWT ini.






www.myartis.com / Sumber: Baeutifulnara

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: