25 March 2021

SEPERTI 'BOMBA' - RAMLI MS DEDAH 13 TAHUN TINGGAL HOTEL SELEPAS BERCERAI



"Aku tinggal di hotel selamat 13 tahun dan tak pernah tutup 'aircond' sepanjang tempoh itu. Buat apa nak malu? Selepas aku bercerai, aku bagi rumah aku dekat bekas isteri, aku keluar bawa baju je aku pergi duduk hotel.

“Kalau pergi rumah orang tak jemput makan, kita makan itu malu. Tapi malu kalau orang mengata, nak tengok kita negatif, I don’t care!" ujar Maestro terkenal negara, Datuk Ramli MS.

Ramli MS mendedahkan mengenai perjalanan hidupnya selepas bercerai dengan isterinya yang dahulu itu menerusi program yang semakin mendapat tempat di hati penonton, 'Laser Bertemu Laser' yang dihoskan oleh Azwan Ali atau Diva AA, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ramli MS yang mesra disapa sebagai Tok Ram ini, dia pernah tinggal di hotel selama tempoh 13 tahun selepas bercerai dengan isteri.

Kata pengkritik lagu terkenal ini lagi, jika diberikan pilihan untuk duduk di rumah atau hotel, dia lebih memilih untuk tinggal di hotel kerana pihak hotel akan datang seperti 'bomba' jika meminta sesuatu.

Tidak pernah malu dengan apa yang dilakukannya, Ramli berkata dia tidak kisah dengan tanggapan negatif terhadap dirinya selama berkecimpung dalam dunia seni hiburan tanah air.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datuk Ramli MS

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: