05 March 2021

"SAYA BUKAN SYAITAN ATAU MALAIKAT... ORANG BALIK BATU, SAYA BERI BUAH" - DA'I SYED



"Saya manusia, bukan dilahirkan sebagai syaitan atau malaikat. Saya manusia biasa yang mempunyai sifat-sifat manusia iaitu tak boleh lari daripada rasa down, sedih, marah atau serabut.

"Tapi saya sentiasa untuk positifkan diri sebab tahu kat luar sana ramai yang diuji, kita semua ada ujian masing-masing. Sebagai orang yang diuji saya nak beritahu saya mampu bangkit dan anda juga perlu bangkit macam saya," kata pendakwah selebriti dan penyanyi Da'i Syed.

Terdahulu, Syed didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Namun, Syed dibebaskan dengan bayaran ikat jamin RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya pada 15 Disember tahun lalu. Sebutan kes di Mahkamah Shah Alam pada 16 Mac dan di Mahkamah Petaling Jaya pada 19 Mac ini.

Klik untuk gambar besar



Mengakui mengalami tekanan gara-gara tohmahan serta kritikan daripada masyarakat, Da'i Syed memberitahu dia mendapat kekuatan dan semangat untuk bangkit semula atas izin Allah SWT.

Dalam pada itu, Da'i Syed sentiasa memaafkan semua pihak yang menghina dan memboikot lagunya, Ya Habib serta produk wangian miliknya yang dilancarkan, hari ini. Syed berkata, dia lebih selesa berdiam diri dan mengambil pendekatan untuk memberi kata-kata positif kepada mereka.

"Kalau ada yang boikot produk dan lagu, saya akan positifkan semua orang. Saya tak anggap orang yang hina atau boikot saya itu salah. Saya tak pernah menyalahkan semua orang, malah saya sentiasa memaafkan mereka.



"Walaupun sakit hati ada lagi, tapi tidak sampai tahap berdendam. Kalau mereka kutuk saya, saya kutuk balik, tidak. Saya ambil pendekatan berdiam diri. Malah, saya akan positifkan orang. Ibaratnya kalau orang baling batu, saya beri buah," ujarnya.

Dalam masa sama, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, mengakui sepanjang kontroversi membabitkan dirinya, dia sudah kenal erti kawan dan sahabat.

"Menjadi perkara biasa apabila ada kawan yang menjauhkan diri jika kita ditimpa masalah, malah ada juga yang ambil kesempatan. Ini biasa. Bagi saya, kawan dan sahabat itu berbeza.

"Kawan memang ramai dan saya berkawan dengan semua orang. Tapi sahabat yang selalu dengan saya seperi Rayyan dan pasukan saya yang sentiasa berikan motivasi. Mereka sentiasa ada bersama-sama. Jadi, bagi saya kawan adalah kawan, sahabat adalah sahabat," tuturnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro & Instagram Da'i Syed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: