02 March 2021

SEAKAN 'BABY BUMP' - PEMINAT SPEKULASI SITI SARAH SEDANG HAMIL



Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menerusi laman Instagram telah memuat naik video terbaru dimana dia dan suaminya, Shuib Sepahtu bersama anak-anak ke sebuah cawangan Bubble Bee bagi merasai perisa terbaru minuman keluaran kedai minuman tersebut.

Namun begitu, perkongsian video tersebut telah menjadi perhatian ramai apabila peminat membuat spekulasi penyanyi lagu 'Semakin' itu sedang hamil.

Ini kerana dalam video itu, Sarah yang mengenakan busana berwarna 'peach' seolah kelihatan 'baby bump' sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Klik untuk gambar besar



Malah, di ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Sarah meskipun tiada pengesahan daripada tuan badan sendiri mengenai spekulasi tersebut.

Terdahulu, Sarah menafikan bahawa dirinya hamil sebaliknya mengalami perubahan fizikal yang kelihatan semakin berisi.

Untuk makluman, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Uwais Alarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.









KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Siti Sarah Raissuddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: