02 March 2021

BUNGA & KAPSYEN PENUH 'LOVE' - ZARINA SUDAH BERBAIK DENGAN BEKAS SUAMI?



"Thank u my ❤️❤️❤️❤️❤️❤️ ...... Z❤️Y ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️," demikianlah kapsyen yang ditulis pelakon Zarina Anjoulie pada foto dirinya menerima satu jambangan bunga daripada seseorang istimewa yang tidak didedahkan identitinya.

Lebih menjadi perhatian, menerusi entri itu turut disertakan kapsyen ucapan terima kasih daripada Zarina buat individu tersebut.

Perkongsian Zarina itu membuatkan rata-rata netizen teruja serta membuat spekulasi bahawa ia pemberian daripada bekas suaminya, Eliyas Azhar atau mesra dipanggil Yas gara-gara kapsyen 'Y' yang ditulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar pelakon itu kembali rujuk dengan bekas suaminya kerana mereka dikatakan serasi bersama dan suka melihat hubungan Yas dan anak tunggalnya, Martin.

Untuk makluman, rumah tangga Zarina dan Yas hanya bertahan selama 6 bulan sahaja selepas disahkan bercerai Januari lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Zarina Anjoulie

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: