02 March 2021

TERIMA MESEJ MAKIAN, UGUTAN & SEBILAH PISAU - DIDI ASTILLAH BAKAL AMBIL TINDAKAN



Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, penyanyi dan juga pelakon Didi Astillah telah memuat naik beberapa paparan tangkap layar mesej yang diterimanya dimana ia berbaur ugutan berserta sebilah pisau daripada individu yang tidak dikenali.

Didi yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu berkata, selain ugutan tersebut, individu dipercayai wanita tidak dikenali itu turut memaki dan menulis kata-kata kesat terhadap dirinya tanpa sebab yang jelas.

Apa yang lebih mengejutkan, wanita tersebut turut menghantar gambar menunjukkan sebilah pisau dan memberi amaran akan membalas dendam.

Klik untuk gambar besar



Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah mengucap panjang dan meluahkan perasaan terkejut apabila menerima mesej sebegitu.

"Astagfirullahalazim.. terkejut apabila nampak DM ni. Dengan kata-kata kesat dan ugut saya macam ni, tolong jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka-suka je bagi saya kata kata macam ni," ujarnya.



Melihat pada paparan tangkap layar mesej tersebut, wanita berkenaan telah meminta penjelasan Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aziz.

Namun tindakan Didi yang tidak membalas mesej berkenaan telah membuatkan pengirim menjadi lebih agresif sehingga mula membuat ugutan. Susulan daripada itu, Didi memberitahu dia bakal mengambil tindakan ke atas wanita berkenaan.

"Atas apa yang dia buat saya akan ambil tindakan cuma sekarang masih di set lagi. Insyallah lepas ni akan buat laporan, saya sendiri ada gambar muka dia yang diambil daripada sosial media," jelasnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Didi Astillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: