21 March 2021

SELAMAT NIKAHI WANITA PILIHAN - WARGANET GEMBIRA COACH YIN 'KEMBALI KE PANGKAL JALAN'



"Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa mendoakan kami... Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar," itulah kata-kata bekas kekasih usahawan kosmetik Sajat iaitu Coach Yin yang memaklumkan berita gembira dimana dia kini telah pun selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya dikenali sebagai Yeen Azmin di Kota Bahru, semalam.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Coach Yin dan isterinya ada berkongsikan gambar pernikahannya yang diraikan oleh oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Berita pernikahan Coach Yin itu ternyata membuatkan ramai gembira serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia.

Klik untuk gambar besar



Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa syukur jurulatih kesihatan itu sudah 'kembali ke pangkal jalan' serta memilih wanita tulen.

Sejak Julai tahun lalu Coach Yin mula berkongsi foto Azreen apabila menghadiahkan wanita itu seutas jam tangan. Malah Yin juga ketika itu memberi bayangan akan mengahwini Azreen.

Sebelum ini Coach Yin menjadi perhatian ramai kerana pernah menjadi teman rapat dan juga kekasih Sajat. Bagaimanapun, hubungan dikatakan mereka sudah pun berakhir sekitar Januari tahun lalu.















www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Coach Yin & Yeen Azmin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: