17 March 2021

SITI SARAH: "SEMUA BENDA ADA ADAB... JANGAN PERLEKEH PERSEMBAHAN ORANG LAIN"



"Bagi Sarah, semua bende ada adab, lagi lagi kita ni, orang Malaysia yang kaye dgn budi bahasa & sopan santun. Penyanyi pun ada adab tersendiri. Sarah belajar dari setiap persembahan yang kite lakukan & Sarah belajar dari semua persembahan yang kite lihat.

"Every performance adalah ruang utk jadi yang terbaik dan terbaik. Setiap bende ade baik buruknye dan kena ingat tau, semua berlaku atas izin Allah. Bg Sarah, Adab sebagai penyanyi tu kena sentiasa ingat... jangan perlekeh persembahan orng lain.

"Kite hormati & belajar dari ape yg kita lihat. Apa yg baik kite kene ambik, utk kita sendiri guna. Sesuatu yg buruk tu pulak kita jadikan pengajaran & jangan pulak kite kutuk. Kadang2 takut ek sebab boleh jadi kat diri kita semula. Janganlah kita mendabik dada, lebih baik doakan yng baik-baik je. Ye tak?

Klik untuk gambar besar



"Sarah pun pernah kena kecam, dan percayelah, benda tu sangatlah tak best. Berbuat baiklah sesama kita, saling membantu utk memajukan diri sendiri & org lain. Tak susah pun tau nak buat camtu. Persembahan Nabila malam tadi Sarah nmpk die dh usaha bg sehabis baik dan pergi kelas vokal.

"Xpe Nabila keep learning dan jgn putus ase. Tahniah juge Sarah ucpkn kpd semua 12 finalis dan pemenang AJL35," itulah kata penyanyi Siti Sarah yang tampil menegur segelintir penyanyi tanah air untuk menjaga adab dan tidak perlu memandang rendah bakat orang lain.


Teguran isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu berikutan kecaman yang diterima penyanyi Nabila Razali selepas nyanyiannya menerusi lagu 'Peluang Kedua' di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terkucil.

Meskipun sudah tiga hari AJL35 sudah melabuhkan tirai, namun nyanyian Nabila yang juga seorang pelakon itu masih lagi menjadi bualan ramai.

Dalam pada itu, Sarah berkata para artis juga perlu ingat supaya tidak memperlekehkan persembahan orang lain dengan belajar menghormati perkara yang dilihat dan dijadikan pengajaran.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Siti Sarah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: