"Kami sangat bangga dengan anda, Nabila. Kami sentiasa kagum dengan semangat yang telah anda tunjukkan dalam berhadapan pelbagai rintangan yang datang.
"Walaupun ramai yang mengecam namun anda memberikan satu persembahan yang sangat cantik dan menyentuh perasaan. Tiada sesiapa yang boleh menafikan perkara itu," demikian kata MFMF berhubung persembahan AJL35 Nabila Razali.
Meskipun Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah dua hari melabuhkan tirai, namun nyanyian 'terkucil' Nabila terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. 'Peluang Kedua' merupakan ciptaan bersama MFMF dan komposer serta penyanyi, Hael Husaini.
Klik untuk gambar besar
Terbaharu, komposer lagu 'Peluang Kedua', MFMF berkongsikan video sesi latihan menjelang AJL35 membabitkan Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, menerusi Instagram mereka.
Dalam video tersebut, kelihatan Nabila selesa menyanyikan lagu tersebut tanpa mengalami sebarang masalah terkucil seperti yang berlaku pada malam final AJL35 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu.
MFMF yang terdiri daripada tiga orang komposer iaitu Brendan, Justin dan Zen turut menyatakan perasaan bangga dengan hasil usaha yang dilakukan Nabila menerusi karya lagu ciptaan mereka.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram @wearemfmf & Nabila Razali
________________________

No comments:
Post a Comment