11 March 2021

"WAHAI 'SMART PEOPLE'..." - STATUS #IBUTAKRESTU, IBU HANNAH MAHU NETIZEN BERFIKIR



Ibu pelakon Hannah Delisha sebelum ini telah menimbulkan spekulasi selepas status kata-kata puisi dengan tanda pagar #IbuTidakRestu yang dimuat naiknya yang mendakwa seolah dia sebenarnya tidak merestui ikatan perkahwinan yang dibina anaknya itu.

Lebih hangat lagi apabila ibu mentua, Mariana Yati mendakwa menantu kesayangannya itu memang sudah lama mempunyai kemelut dengan ibu kandungnya iaitu Noor Ashikin Ahmad.

Bagaimanapun, Hannah menerusi satu kenyataan di media sosial tampil memohon maaf di atas kontroversi yang tercetus. Jelasnya, seperti orang lain dia juga mempunyai masalah peribadi tersendiri.

Terbaru, ibu Hannah menerusi Instagram @kakcikwujudku memuat naik sinopsis Hikayat Antah Berantah #IbuTidakRestu memohon 'smart people' meneliti sebuah gambar.

Klik untuk gambar besar



Menurutnya, persepsi dan interpretasi seseorang mengenai sesuatu isu adalah subjektif. Oleh itu dia menyeru ‘smart people’ menggunakan akal untuk bertanya dan berfikir mengenai puisi yang dimuat naiknya sebelum ini.

"Wahai 'Smart People' jika anda telitikan gambar di atas- akan kelihatan seperti dua kepala manusia bertentangan wajah atau sebuah pasu bunga.

"Persepsi dan interpretasi seseorang mengenai sesuatu isu adalah subjektif. Mari kita guna akal yang sehat wahai Smart People untuk bertanya dan berfikir sejenak-



"1.Apakah perasaan Sang ibu dalam hikayat antah berantah?

"2.Apakah sebab,asbab dan musabab yang beliau itu tidak merestui pernikahan Sang anak dan Pilihan anaknya itu?

"3.Kenapa dan mengapa beliau tidak merestui perhubungan mereka sebelum bernikah?adakah ia kerana ada "al kisah yang membelenggu?" yang terjadi semasa Sang Anak dan Pasanganya belum bernikah lagi?

"4.Adakah Sang ibu dan keluarga terdekatnya ,tahu Sang anak dan Pasanganya itu telah berkahwin? dan bila sebenarnya mereka berkahwin?" tulisnya.

Di akhir perkongsian, ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad turut menyertakan warkah sang ibu yang dipercayai mempunyai maksudnya tersendiri.









www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram @kakcikwujudku, Hannah Delisha & Imam Shah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: