11 March 2021

"BOTOL SAMA BAU LAIN" - JAWAB WAK DOYOK BILA MINYAK WANGINYA DIKATA TIRU 'DIOR SAUVAGE'



Sebut sahaja nama Wak doyok, pasti anda mengetahui beliau merupakan ikon fesyen yang dikenali ramai rakyat Malaysia. Mula dengan penampilan jambang ikonik miliknya, lelaki itu kini sibuk mencabar dirinya dalam pelbagai percubaan baru.

Baru-baru inu, Wak Doyok menerusi laman Instagram miliknya dilihat telah berkongsi 'teaser' minyak wangi keluarannya yang bakal dilancarkan tak lama lagi bernama 'Dosa'. Nampak mewah kan rekaan botolnya?

Namun begitu, segelintir netizen sepertinya perasan persamaan rekaan botol tersebut dengan minyak wangi jenama terkenal iaitu Dior Sauvage.

Bagaimanapun, Wak Doyok tampil meninggalkan komen pada beberapa netizen dan menjelaskan bahawa dia menggunakan botol Dior sahaja namun bukanlah wangian yang sama. Apa-apa pun, tak sabar pula nak tahu macam mana bau 'Dosa' ya?

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Wak Doyok

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: