19 March 2021

SUSAH SENANG BERSAMA - TUNANG BERI SEMANGAT BUAT SAKINAH



"I don't think many people will ever understand what kind of courage it requires to do what you did. I know what you've been through and I've seen the nasty comments coming your way, every day.

"I'm very proud of you and for your strength, not everyone would be able to handle things the way you do. I'll always have your back and you'll always have my support.

"Through thick and thin!" kata tunang kepada pelakon Sakinah iaitu Michael Hansen yang menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat bakal isterinya menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi program bual bicara, 'Hard To Heart', Sakinah mengakui dirinya pernah mendapatkan rawatan sakit mental kira-kira dua tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Katanya, dia disahkan doktor menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Dalam bual bicara itu juga, Sakinah berkata dia akan berpindah ke luar negara dan meneruskan rawatan di sana.

Ujar tunang Sakinah, tidak semua orang memahami apa yang sudah dilalui pelakon tersebut. Selama ini dia mengetahui apa yang telah ditanggung Sakinah dan melihat bermacam tohmahan yang dilemparkan orang ramai setiap hati.

Disebabkan itu, dia sangat berbangga dengan ketabahan Sakinah di mana tidak semua orang mampu kuat sepertinya. Malah, Michael juga berjanji akan selalu menyokong Sakinah ketika susah dan senang.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Michael Hansen

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: